Friday, November 23, 2012

Primum Articulum:

So. Aku dah ada blog. Apa nak tulis? Well, knaper aku buat blog ni dan knaper aku namakan Persona Non Grata?

   Banyak benda yang tersangkut kat dalam otak ni. Kadang-kadang rasa macam dah penuh sangat, kengkadang macam kosong..blank. Sebetulnya dah banyak kali try nak tulis artikel pertama ni, tak pernah jadi. Ini pun belum tentu jadi. Aku pun tak tahu TEMA apa yang nak diberi pada blog ni. Mulanya nak tulis isu politik, tapi dah banyak sangat blog politik cukuplah berpolitik kat Facebook aje..boleh debat secara live. Memang sebenarnya politik ni macam makan nasi aje pada aku. Mesti ada politik setiap hari. Tapi asyik berpolitik pun jemu juga, orang pun benci kat kita. Sebab orang Malaysia ni belum cukup matang nak berdebat fasal politik. Bila berlainan pendapat mesti nak bergaduh. Apa barang..Berdebat pasal politik macam budak-budak. Nak-nak puak yang memerintah Putrajaya. Bila buat tuduhan kat TV asyik dok ambik pendapat pihak yang sokong dia, lepas tu paksa orang terima pendapat dia. Panggillah pihak yang dituduh untuk pertahankan diri. Lepas tu kita tengoklah pendapat siapa yang diterima rakyat. Dahlah malas nak sebut politik kat sini. Itulah antara sebab blog ni dinamakan Persona Non Grata, perkataan Latin yang membawa maksud Orang Yang Tidak Dikehendaki. Kenapa guna perkataan Latin. Haah..nak kena sebut politik juga.

    Sejarah keterjebakan ku secara serius dalam politik adalah kerana kes pemecatan Sdra Anwar Ibrahim dari UMNO. Apabila sebut Anwar maka kena ingat Mahkamah. Secara peribadi aku pernah dua kali menghadiri perbicaraan kes Anwar di Mahkamah Tinggi, malah pernah diinterview oleh wartawan NTV7 yang bernama Zaini. Mana pergi mamat nih, last contact dia..dia kata dah hijrah ke Oz. Ok. Kembali kepada isu pokok, pasal bahasa Latin tu. Korang tahu dalam istilah undang-undang bahasa apa yang diadaptasi? Haa, pandai pun...Bahasa Latin lah. Masa ni lah mula dengar perkataan Prima Facie, Mala Fide, Bona Fide, mens rea dan macam-macam lagi.

   So sebagai tribute kepada keterjebakan aku dalam dunia realiti ini, aku adaptasilah bahasa Latin dalam blog ini. Moga-moga korang pun akan dapat ilmu baru. Kita kena juga ambik tahu sesuatu yang bukan dari bidang kita. Insya Allah aku akan cuba datangkan sesuatu yang baru dalam setiap artikel.

   Walaupun politik adalah umpama makan nasi, aku juga mempunyai beberapa hobi atau minat. Aku mempunyai kebolehan yang agak baik dalam bidang IT. Terutama kalau komputer bermasalah, aku boleh jadi bomoh. Kenapa aku kata bomoh bukan doktor. Sebab dalam banyak kes kengkawan mengadu PC rosak, tapi bila aku pergi nak diagnose PC depa okay ajer. Padahal sebelum tu dah beberapa orang cuba betulkan. Dalam hal ini aku selalu teringatkan kisah Tuan Guru Dr Harun Din, kalau ada orang kena rasuk bila dipanggil Tuan Guru belum lagi Tuan Guru sentuh dah sembuh pesakit tu dengan izin Allah. Bukan nak riak tapi itulah hakikatnya. By profession aku ni tak ada kena mengena dengan bidang IT pun. Bidang aku yang sebenar adalah professional. Tapi minta maaplah aku tak leh cakap. Yang herannya idola-idola aku bukanlah dari kalangan professional dari bidang kelulusan aku. Aku lebih kenal manusia-manusia dalam bidang teknologi maklumat. Kalau tengok koleksi buku-buku dan majalah memang orang ingat aku ni Pakar IT. Silap-silap aku lebih kenal dari orang yang berada dalam bidang IT itu sendiri.

   Kadang-kadang terasa juga macam ada krisis identiti. Semua aku nak jadi. Macam kisah Jack Of Al Trades Master Of None. Apa nak jadi dengan aku nih. Bila aku cakap pasal politik orang akan ingat aku ni ketua cawangan, bila cakap pasal komputer orang ingat aku anak murid Steve Jobs. Tapi aku tak berapa pandai cakap bidang yang sepatutnya aku sangat mahir. Pelik. Tapi maaplah, aku buat blog ni bukan nak cerita pasal aku. Tapi aku nak kongsi idea. Sebab aku rasa aku ada satu kelebihan yang mana setakat ni berstatus teori sahaja. Insyaa Allah, kalau diizinnya korang akan dapat tahu melalui artikel-artikel yang akan datang. Syaratnya korang kena peka. Stay tunedSubsisto tuned.

P.s: Kalau korang tak tahu makna bahasa Latin tu, gunalah khidmat Translate Uncle Google.



No comments:

Post a Comment