Pernah tak korang tersalah tegur orang? Atau orang lain tersalah menganggap korang sebagai orang lain? Mungkin adalah sesekali kan..Tapi apakah kesilapan identiti yang paling korang ingati dan terkesan?
Seingat aku, kesilapan identiti yang terawal yang kotak memori aku masih ingat ialah sewaktu masih bersekolah menengah. Mungkin ketika aku masih dalam tingkatan 1. Aku agaklah sebab masa tu aku main hoki untuk rumah kuning. Lepas satu training, ada seorang budak bercerita semalam dia ada datang kat rumah aku, tapi aku lupa pulak apasal. Cara dia bercerita tu seolah-olah aku kenal semua watak yang dia sebut dalam cerita dia tu. Padahal haram (sebut dengan idgham) satu pun aku tak kenal dan aku tak tahu sepatah haram apa yang dia ceritakan. Namun dalam blurness tu aku angguk aje lah. Sebab aku tak nak dia malu, baikkan aku ni pandai jaga hati kawan..uweeeekkss.
Petang tadi aku ke Paya Jaras, member kahwin. Punyalah jauh rumah dia ni masuk ke dalam, teringat macam balik kampung orang rumah aku pulak. Ye lah. Dari sebesar-besar jalan sampailah jalan satu lorong aje, nak berselisih kenderaan satu disaster. Kenalah pulak musim hujan. November rain. Jalan punyalah becak. Inilah first time aku sampai kat sini. Nasib baik aku bawak awek amoi...Papago. Kalau tak ntah jumpa atau tidaklah rumah dia nih. Kalau tak kerana Islam mengatakan menghadiri jemputan hukumnya wajib kalau tak ada alasan yang kukuh. Mungkin aku tak pergi kenduri dia ni. Lagipun Islam ada menyatakan antara hak seorang muslim kepada muslim adalah memenuhi jemputan. So, biasanya aku akan hadir. Aku pernah pergi ke Melaka dan Kedah kerana jemputan walimah kengkawan. Satu lagi kita kena menghargai kos kad jemputan dan kos setem yang mereka keluarkan. Sebab itu aku tak pernah buang kad-kad jemputan yang aku terima. Balik cerita tadi, selepas pasti lorong yang aku masuk tu betul ternampaklah banyak kereta parkir kat satu tanah lapang depan sebuah banglo yang besar juga. Wahhh! besarnya rumah kawan aku ni. Memang aku tahu bapak nya ada syarikat sendiri tapi tak pulak aku sangka kaya macam ni sebab sepanjang aku kenal mamat ni, biasa-biasa aje penampilan dia. Tapi aku tengok rumah tu lengang aje, macam tak ade kenduri pun. Aikk! betul ke rumah tu. Tetiba aku terdengar dari kejauhan doa untuk pengantin sedang dibaca sayup-sayup dari arah lain. Aku bertanya kepada sekumpulan remaja yang sedang melepak kat situ, depa tunjuk arah rumah yang aku ingin tujui. Oooo! bukan banglo tu rupanya. Aku dan keluarga menapak tak kurang 50 meter. Rumah member aku tu, terlindung dek lanskap kampung yang masih suci. Kemudian aku terpandang sebuah "istana" yang lebih besar dari banglo pertama tadi. Wah! rupanya kawan aku tu lebih kaya dari sangkaan aku yang awal tadi. Aku tak nampak pun ada khemah didirikan. Terus aku menuju bangunan yang tersergam indah. Aku nampak ramai orang masuk, so aku pun masuklah juga. Aku disambut oleh seorang "pakcik" yang segak berbaju Melayu siap dengan samping, tanpa berfikir panjang aku mengagak itulah tuan rumahnya. Mulutku ringan bertanya, dan pakcik itu mengiyakan. Rupanya bangunan tu bukanlah rumahnya tapi sebahagian dari "kompleks" rumahnya. Bangunan itu adalah sebuah dewan yang pada perkiraan aku boleh memuatkan 2 court badminton. Ada aku bagi tahu korang kat luar tu ada sebuah Lamborghini berwarna hitam dan aku hampir pasti memang milik empunya istana ini. Weyy! kaya sungguh keluarga ko rupanya. Aku salute lah pada ko sebab sepanjang aku kenal dengan ko, tidak pernah ko menyombong dan berlagak macam anak orang kaya.
Tapi bukan kekayaan ko yang aku nak cerita. Masa sesi fotografi tadi, aku sempat tumpang sekaki. Aku lupa nak bawa Nikon D5100 aku. Sib baik anak aku bawak Ipod 5 yang canggih tu. Bini aku punya HTC pun boleh tahan canggih kamera dia. Bila turn kami, aku ambik posisi belah pengantin lelaki (kawan aku tu lah) dan isteri aku belah pengantin pompuan. Anak pompuan aku...tukang snap lah. Tetiba photographer rasmi tahan aku jangan turun dulu. Dia nak ambik gambar pengantin bersama aku dan isteri (errr..ke sebaliknya??) Aikk! tadi masa kengkawan aku punya turn tak ada plak dia nak amek. Ke sebab aku pakai baju batik indon macam YB? Ok lah, orang nak amek gambar kita tak tolak. Pulak tu bukan calang2 orang..kawan aku tu. Manalah tahu ntah bila pulak aku nak jumpa dia lepas ni. Ntah-ntah cucu dia kahwin dengan cucu aku baru jumpa semula. Sekurang-kurangnya ada gambar yang boleh dijadikan bukti kami pernah berkawan. Apa kaitan dengan tajuk artikel ni? Haah! dah nak masuk dah nih. Masa aku melangkah turun singgahsana Raja Sehari tetiba bahu aku ditepuk seseorang dan disapa dengan satu ayat yang telinga aku tangkap, "Tahniah, kita dah jadi keluarga." Begitulah bunyinya kalau telinga aku tak salah dengar. Aku toleh, seorang pakcik yang segak berbaju melayu sepasang bersama seorang makcik berpakaian sedondon. Macam biasalah ringan mulutku melafazkan pertanyaan, "Pakcik ni siapa ya?" Mungkin kasar sikit bunyinya. Tapi itulah yang terlintas secara spontan. Dengan senyuman Pakcik itu membalas, "Pakcik ni bapa U*** (pengantin pompuan), ni mak nya". Ooo! reaksi ku. Pakcik tu melanjutkan lagi, habisnya diperkenalkan aku dengan anak-beranaknya yang ada berdekatan. Aku pun hulur tangan bersalaman dengan yang lelakinya dan melemparkan senyuman kepada yang pompuan. Bercerita bagaimana bertemunya jodoh kedua mempelai. Dalam hati aku bertanya, apakah pakcik ni ingat aku ni keluarga F*****? Atau siapakah yang pakcik tu rasa aku ni? Isteri aku kat sebelah pun tercengang dan blurr melihat pakcik tu sangat ramah dengan aku. Dalam kereta dia ada tanya aku, siapa pakcik tu, camana aku kenal dia, bekas pensyarah aku ke? Aku cakap langsung aku tak kenal. Tapi memang sifat semulajadi ku mudah ramah dengan orang. Aku cakap kat isteri, kalau bertanding pilihanraya aku ni winnable candidate.
Sepanjang perjalanan pulang aku berfikir, apakah yang dianggap oleh pakcik tersebut tentang aku. Keluarga pengantin lelaki kah? Ntah. Tapi apa-apa pun kesilapan identiti itu tidaklah menjengkelkan. Sebab aku pernah mengalami situasi yang membuat aku rimas, malu dan serba-salah. Teringat pula kisah-kisah akhir abad ke 20, atau sekitar tahun 98-99. Kalau korang peka, itulah tahun yang merubah lanskap politik tanahair. Bukan aku nak cakaplah, rupa aku ni ada orang kata iras-iras salah seorang watak penting dalam Gerakan Reformasi. Kebetulan pula kami dari DUN yang sama. Kebetulan lagi aku memang penyokong kuat Gerakan Reformasi. Tokoh ini pula selalu menjadi bahan dalam media. Satu Malaya kenal dia. Kepopularan beliau adakalanya menyusahkan aku dan adakalanya rasa bangga pun ada.. Antara kisah-kisah yang merimaskan aku ialah, tiap kali aku ke masjid terutama pada hari jumaat. Baru aje turun kereta adalah tukang-tukang sambut. Awalnya tu memang aku terpinga-pinga tapi bila dah kerap sangat aku buat bodoh aje. Pernah suatu masa aku ondaway nak balik kampung, tetiba ada satu kereta cuba overtake sampai seiring dengan kereta aku kereta itu slowdown, pemandunya pompuan dan penumpangnya juga pompuan sempat menoleh ke arah ku. Tersengih. Lepas tu dia memecut. Tak berapa jauh aku lihat kereta tu berhenti dibahu jalan, sebaik sahaja kereta aku melintasi..kereta tersebut mula bergerak dan terus mengekori keretaku. Dalam benak, aku terdetik..ini mesti kes mistaken identiti. Aku serba-salah. Tapi aku terus memandu dengan kelajuan sederhana. Kemudian sampai di sebuah masjid aku sengaja pusing kereta aku masuk untuk menguji samada benar atau tidak kereta tu mengekori ku. Memang benar sangkaan ku. Aku sengaja "manayang" wajahku supaya mereka tersedar mereka salah orang. Memang betul, lepas tu mereka tak lagi mengikutiku.
Banyak lagi kes kesilapan identiti aku dengan ahli politik tersebut. Pernah masa pilihanraya tahun 1999 aku telah "dihantar" untuk menghantar bahan kempen ke Pantai Timur. Destinasi pertama adalah Kuantan. Kami sampai ke salah sebuah Bilik Gerakan utama di Kuantan. Kami dilayan macam kami ni VIP, paling mengejutkan apabila Ketua Bilik Gerakan suruh aku buat Ceramah malam tu. Biar betik! Aku kata aku tak pandai ceramah, dia tercengang, dia tanya kawan aku bukan ke aku ni si polan tu? Kawan aku kata bukan. Keesokan paginya kami bergerak ke Tasik Chini. Ketika sedang minum di sebuah gerai, ada seorang tua memanggil aku ke meja dia. Dia cakap ingatkan aku adalah si polan. Aku sengih aje. Dia bagitahu aku dia adalah "guru" kepada si polan dan meminta aku sampaikan pesan kepada si polan. Ada juga satu kes di mana ketika aku sedang bersarapan dengan rakan-rakan sepejabat tetiba ada seorang pegawai polis menepuk bahu dan menghulur tangan untuk bersalaman dengan aku. Bukan aku aje yang terkejut, kengkawan aku pun terkedu. Polis tu buka cerita dia kenal aku masa kat Sabah lagi. Padahal waktu itu aku tak pernah jejak kaki ke Sabah. Puas dia bercerita aku iyakan aje.
Masalah aku iyalah, si polan ni ahli politik belah kiri, sering menjadi bahan dalam media. Dan pastilah isunya semua negatif tidak ada satu pun yang baik. Kengkadang aku risau juga tak memasal kena belasah ke, kena simbah asid ke. Tapi paling aku takut nanti orang pandang serong pada aku atau pada bini aku. Sebab si polan ni ada juga dikaitkan dengan isu moral walaupun tidak dipastikan kebenarannya tapi al-maklumlah kuasa media ni. Namun disisi aku pula, aku kena tunjuk akhlak yang mulia kerana bukan sahaja untuk aku tapi untuk si polan tu juga. Tak memasal aku kena jaga akhlak untuk kepentingan orang lain.
p.s: banyak lagi kisah kesilapan identiti ni, tapi aku simpan dulu...